01 Ogos 2009

KISAH-KISAH CERIA : PENGASUH AKHLAK MULIA

EPISOD TENANG BAGAIKAN ITIK
Seorang pelajar berkata kepada gurunya.
Pelajar : "Saya ingin hidup bebas dan tenang seperti seekor itik yang berenang di tasik biru"
Lalu berkata gurunya.
Guru :"Tahukah awak itik yang nampak tenang itu hanya di permukaan, sedangkan di bawah
permukaan air itu kakinya tidak berhenti-henti mendayung agar tidak tenggelam?"
Ikhtibar : Jangan tertipu dengan melihat sesuatu secara lahiriahnya sahaja. Realitinya sesuatu perkara itu mungkin tidak seperti yang kita lihat. Setiap sesuatu mesti melibatkan usaha. Tidak ada benda yang datang bergolek. Pastikan setiap usaha itu adalah amalan soleh dan bukannya amalan toleh.